BismillahirRahmanirRahim~ Segala Puji BagiNya~
Ok. Esok ialah hari yang penuh kerisauan bagi ku dan teman-teman. Hari dimana kita dapat tahu apa yang sudah kita pelajari selama setahun dan sejauh mana kita faham dengan apa yang diajarkan kepada kita. ''PASS?FAIL?'' terngiang-ngiang di telinga
tanpa henti!
Itu sahajalah yang dapat ku fikirkan,namun aku percaya, bahawa Allah tahu apa yang terbaik! :) Terima atau menolak keputusan tidak akan merubahnya, tetapi redha, pasrah, TAWAKKAL,USAHA akan merubahnya lain kali. Percaya atau tidak? Yakin atan tidak? Terserah. Tetapi jika kita usaha, tawakkal, do'a, pasrah dan bekerja keras, InsyaAllah, Allah akan tolong. Apabila aku renungnya kembali, aku dapati, semua orang nak pass kerana nak NAIK PERINGKAT KELAS. Itulah hakikatnya. Aku tidak boleh menafikan yang diriku tidaklah berbeza dari kenyataan itu.
Ubahkanlah kepada ''belajar kerana Allah.''
InsyaAllah.
Bukan senang, susah!
Memang susah! Kalau senang, itu bukan ujian. Ujian sekolah sudah susah, bukan? Apalagi ujian hidup? Sabar dalam menempuhinya... Kerana sebenarnya kita mampu menempuhinya. Allah hanya beri ujian pada kadar sukatan kemampuan kita. Dan ingatlah, setiap keputusan, kejadian, ada hikmahnya.
************************************
Apa yang terbaik?
Well, pada sayalah kan, yang terbaik ialah apabila kita buat yang terbaik. Faham tak?
Tetapi kalau;
Markah Yang terbaik?
Sudah tentu 100%.
Maknanya, jika kita sudah buat yang terbaik, itulah yang terbaik! Ok!
Fail? Pass? Stayback? Expelled? Suspended?
Oh man, please:(
Tetapi, kita kena yakin dan percaya padaNya.
:Ya Allah........ Berikanlah semua yang terbaik untuk kami!
P/S: DOA BOLEH MERUBAH TAKDIR dengan izinNya.
GOODLUCK~
Pass: Tahniah!!! Dan bersyukurlah padaNya! Sesungguhnya, Dia Maha Berkuasa atas sesuatu.
Fail: Tidak semestinya fail sekali, selama-lamanya fail! Berdoa banyak, dan usaha lebih gigih lagi ok!
''man jad wa jad''
Insya Allah!!
**********Wallahu Alam***************

No comments:
Post a Comment