06/11/2011

Hanya Allah Yang Berhak Membalas Mereka

BismillahirRahmanirRahim~ Segala Puji BagiNya~
Okay............ Apa pendapat awak semua tentang gambar ini?
Orang Islam bawah sekali, tetapi yahudi di atas sekali, bukan?
Pertama kali aku tengok gambar ini, aku cuma terkilan sebentar dan senyum... Berani betul mereka buat begini kan? Sungguh tak adil. Do'a buat agama ku, akan sentiasa ku panjatkan... Namun, aku sedih sangat, di laman Facebook, ramai respon maki hamun dari Muslim dan Kristian. Memanglah, kita marah, kerana mereka menghina agama kita. Tetapi, bukankah Allah suruh kita bersabar? Kita maki hamun, yang mendapat dosa, kita bukan? Tiada istilah, ''MAKI KERANA PERLU atau MAKI KERANA PERTAHANKAN AGAMA'' betul tak? Bahkan, Rasulullah saw tidak pernah memaki hamun walau sebesar mana kezaliman yang dilemparkan kepadanya oleh orang-orang Musyrikin. Dialah sebaik-baik contoh. Betul? Ah.... Memang tanggung jawab kita untuk mempertahankan agama kita, tetapi, bukan dengan maki-makian! Sedar tak? Kalau  kita maki-maki, itu akan lebih memburukkan nama agama Islam sedangkan kita sepatutnya menjaganya.
***********************************************
    Rasulullah pernah ditawar oleh Malaikat Penjaga Gunung semasa Rasulullah pulang dari Ta'if dengan perasaan sedih tatkala dakwahannya selama 10 hari disitu menemui kegagalan. Malah, Baginda yang ditemani oleh Zaid Bin Harithah itu dihalau dan mereka keluar dari Ta'if diiringi dengan lontaran batu-batu dan maki-makian. Rasulullah berdarah cedera. Begitu juga Zaid. Namun..............
Malaikat Penjaga Bukit: ''WAHAI RASULULLAH, APA YANG KAMU HENDAK MEMBALASNYA? (kepada orang Ta'if) JIKA KAU MAHU AKU HEMPASKAN 2 BUKIT MEKAH (bukit Abu Qubais dan Qayqan) NESCAYA AKAN AKU LAKUKANNYA.''
Rasulullah: "Bahkan, lahirkanlah dari golongan mereka, orang-orang yang beriman dengan Allah dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu.''
*************************************************
Ambillah ikhtibar dari kisah ini. Sesungguhnya, ini agama Allah, sudah tentu Allah yang berhak membalasnya....... Wallahua'lam....
P/S: Tunjukkanlah akhlak yang baik, agama akan dipandang mulia, semoga mereka diberi petunjuk.... InsyaAllah! Amin!
******Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
            Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
            Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
           Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.********
Semoga kita dipeliharaNya, Amin!~
Assalamua'laikum! :) <3


**********************************************

No comments:

Post a Comment