BismillahirRahmanirRahim~ Segala Puji BagiNya~
*************************************************************************
Suatu hari, ada anak muda duduk murung di depan pintu istana kerajaan. Lalu tiba-tiba keluarlah seorang raja yang sangat berwibawa dan sudah tua umurnya 80 tahun. Raja pun menghampiri pemuda tersebut,
“kenapa nak?”
“Saya sedih pak, tiada duit, saya orang miskin, nasib saya malang sekali , rumah pun tidak ku miliki”.
Mendengar ratapan itu, sang raja tersenyum bijak,
“Hmm, seharusnya kau tidak perlu bermuram durja seperti itu. Justeru kau harus gembira kerana sesungguhnya engkau sangat kaya...”
Pemuda itu tersentak.
“Apa Tuan bilang? Saya ini sangat kaya? Tolong tuan jangan permainkan saya!” Ujar si pemuda denagn berang.
“Ha ha ha, jangan marah-marah dulu, Akan kubuktikan sesungguhnya kau kaya raya,” ungkap sang Raja.
“Jawab pertanyaanku...jika aku bayar 10 juta, maukah kau menukar kesihatan badanmu, dan besok kamu menderita sakit?”
“Saya tidak mahu..!” jawab si pemuda tegas.
“Baik aku naikkan penawaranku. Jika aku bayar 50 juta, maukah kau menukar keremajaanmu dan besok kau berubah menjadi seperti datu-datuk sepertiku?”
“Gila, aku tidak mahu jadi tua” jawab si pemuda.
“Baik, aku tambah lagi!, sekarang aku bayar kau 100 juta, asal kau mahu menukar otak dan kebijaksanaanmu dan besok kamu berubah menjadi orang bodoh dan idiot?” tanya sang raja itu.
“TIDAK MAHU, Buat apa hidup kalau tidak ada otak dan AKAL.
Sang raja semakin tertantang untuk memberikan kebijaksanaannya.
“Baiklah ini penawaran terakhir. Dari jumlah yang kutawarkan tadi saya genapkan jadi 1 billion asal kau mahu menukar nuranimu dan besok kamu menjadi orang yang suka menipu dan membunuh orang sesuka hatimu?”. Tanya serius sang raja.
''TIDAK MAHU!!!, saya masih punya harga diri dan nurani tuan” . ujar anak muda.
“Ah.. anak muda...aku sudah menawarkan duit sebanyak 1 billion kepadamu. Itu jumlah yang sangat besar. Tetapi, tetap saja tidak ada satu pun dari dirimu yang boleh aku beli. Itu bermakna apa yang kau miliki dan kau tidak mahu jual, itu sesuatu yang tidak ternilai harganya. Sesungguhnya, kekayaan yang melekat pada dirimu memang nilainya jauh melebihi 1 billion. Itulah modal dan kekayaanmu yang sesungguhnya.Saya sudah buktikan bukan, bahawa kau memang kaya. Maka mulai saat ini juga, berhenti meratapi nasib dan mulalah berusaha!” kata sang raja.
************************************************************************
P/S: Allah memberi kita kaki, tangan dengan percuma, walaupun percuma, ia tidak ternilai harganya. Maka bersyukurlah dengan nikmat yang Allah beri pada kita~
Alhamdulillah, all praises belongs to Him The Almighty.

No comments:
Post a Comment