18/05/2012

Imtihan Berakhir~

BismillahirRahmanirRahim~ Segala Puji BagiNya~


  'Alhamdulillah! Peperiksaan telah berakhir. Namun ia berakhir dengan Bahasa Inggeris yang amat payah!' Keluh hati kecilku apabila keluar dari kelas. Adakalanya rasa bebas tetapi air mata pula sudah bergelinang memikirkan kesukaran Bahasa Inggeris tadi.

  'Keputusan belum dapat, tidak ada maknanya nak bersuka ria selepas imtihan. Pergi ke kelas tambahan Maths setiap Sabtu untuk meningkatkan kefahaman Maths. Maths sudah senang, Inggeris pula. Al-Quran pun kurang lancar...' Rintih hatiku di dalam MRT. Tawakkal, ikhtiar, do'a dan usaha sahaja yang dapatku lakukan buat masa ini. Fikiran tidak akan tenang sehinggalah keputusan diketahui.

  Sasaran bulan Jun:
Minggu 1:
~Muraja'ah: Surah at-Taghabun sampai an-Naas.
~Baca buku Bahasa Melayu.
~Kelas tambahan Maths.

Minggu 2:
~Hafalan: Surah al-Munaafiqun, al-Jumu'ah.
~Muraja'ah: Juz 1 dan 2. (Ahad-Jumaat)
                  : Surah at-Taghabun sampai an-Naas. (Sabtu)
~Baca buku Bahasa Melayu.

Minggu 3:
~Hafalan: Surah as-Saff, al-Mumtahanah.
~Muraja'ah: Surah al-Jumu'ah sampai an-Naas.
~English reading.

Minggu 4:
~Hafalan: Surah al-Hasyr, al-Mujadilah.
~Muraja'ah: Juz 28, 29, 30.
**********************************
 Sasaran kalau lebih dicapai lebih baik InsyaAllah <3 Semoga cuti sekolah ini tidak banyak program yang menjelang. Semoga Allah memberiku kemudahan~


Ya Rabb....
Berkatilah segala Ilm yang ku perolehi dan berkatilah para asatizah yang sentiasa mencurahkan Ilm~

Assalamu'alaikum <3

-Siti Nur.

No comments:

Post a Comment