15/05/2012

Hargailah Ibumu~

BismillahirRahmanirRahim~ Segala Puji BagiNya~
Hehehe. Sekarang peperikasaan sedang dijalankan. Hari jumaat ini, tamatlah~ sudah lama tak update blog kan? Hihi. Ok, nak dengar satu cerita tak? Tentang Seorang Ibu <3
***************************************
Di sebuah desa ada seorang anak yang masih sekolah menengah dan hanya memiliki ibu. Tetapi, anak itu benci sekali dengan ibunya, kerana ibunya hanya memiliki satu mata. Anak itu sampai tidak mengaku yang dia masih mempunyai ibu. Lalu pada saat sudah bekerja, dia pergi dari desa itu dan bekerja di kota.

Dan anak itu mendapat isteri yang kaya dan diapun menjadi anak orang kaya! 10 Tahun sudah berlalu. Anak itu sudah mempunyai 2 anak, lelaki dan perempuan. Lalu ibunya yang dari desa mencari anaknya di kota kerana sudah 10 tahun tidak bertemu. Dan akhirnya sang ibu menemukan rumah anaknya. Ibu itupun terkejut kerana rumah anaknya sangat besar!!! Lalu pada saat mengetuk pintu rumah itu, cucunya yang membuka pintu. Lalu cucunya berkata “PAPAAA, MAMAA ADA ORANG GILAA DATANGG KERUMAAH!!”. Anak ibu itu yang sudah menjadi kaya menemui ibu itu lalu berkata “Maaf Ibu ini siapa ya??” Sang ibu menjawab “nak ini ibu nak, apakah kamu tidak mengingati Ibu??”. Sang isteri berkata “Sayang, kamu punya ibu kenapa tak bilang?”. Lalu anaknya ibu itu berkata “Tidak, ibuku sudah lama meninggal. Lagipula ibuku tidak cacat seperti dia!”. Sang anak mengusir ibunya sendiri.

Beberapa hari kemudian sang anak ingin menemui ibunya untuk sekadar bertemu saja. Lalu dirumah sudah tak ada siapa-siapa. dia bertanya kepada penduduk, lalu penduduk itu menjawab “Ibu kamu telah meninggal 2 hari yang lalu.” Dengan santai sang anak menjawab “Oh, baguslah sudah tak ada pengganggu lagi”, lalu penduduk itu bilang “Sebelum dia meninggal dunia, ibumu meninggalkan surat” penduduk itu memberikan surat itu ke sang anak. Lalu sang anak membaca dan entah kenapa sang anak menangis dan bersujud.

Surat itu berisi:
 “Wahai anakku, ibu tahu kalau kamu benci ibu kerana ibu hanya memiliki 1 mata. Tapi sesungguhnya, waktu kamu lahir matamu hanya satu. Kerana itulah ayahmu meninggalkan ibu. Lalu kerana ibu kasihan kepadamu, akhirnya ibu memberikan 1 mata ibu hanya untukmu nak. Ibu tidak bilang ini kerana ibu takut kamu bersedih. Tetapi kamu malah membenci ibu. Maafkan ibu nak kerana tidak berguna didunia ini.”

Jadi, mari hargai ibu kita sendiri, jangan pernah menyia-nyiakan dan mengecewakan ibu kita semua. Kalau sudah meninggal tidak guna kita berdo’a sampai jidat berdarah-darah, untuk meminta maaf atau membalas budi mereka, jadi jangan sia-siakan kesempatan ketika mereka masih hidup.
Jika Ibu kita sudah tiada, jangan lupa do’akan mereka.
anak yang soleh atau derhaka? Pilihlah~

No comments:

Post a Comment