06/01/2012

Yang Terhina Atau Yang Terbaik?




BismillahirRahmanirRahim~ Segala Puji BagiNya~

~'Kau dah besar nak jadi apa? Subjek O'level kau tak cukuplah nak masuk Poly.'
~'Aku tak rasa kau boleh hidup dekat bumi Singapura dengan hanya mengajar AlQuran kerana           
   pendapatan kau taklah besar mana!'
~'Macam manalah kau nak hidup di dunia kalau tak kerja betul-betul? Macam mana nak makan?'
******************
Pandangan rendah terhadap orang bukanlah satu perbutatn yang baik apatah lagi seorang muslim berkata pada seorang muslim yang menghafal Kalamullah. Tahukah mereka yang rezeki bukanlah datang dari hasil pekerjaan mereka itu tetapi sebenarnya dari Allah. Susah hendak menjelaskan perkara ini kepada mereka. Namun, aku hanya dapat bersabar sahaja, mendiamkan diri.

*Hazrat Uthman R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Yang terbaik diantara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya." (Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nisai dan Ibnu Majah)*

Ingin menjadi yang terbaik? Tetapi dipandang rendah? Hehehe. Memanglah, jika kita inginkan sesuatu yang baik, bagus sudah pastilah kita akan diduga dengan pelbagai cubaan! Apatah lagi yang hendak kita capaikan sekarang adalah yang TERbaik. The BEST.
Mungkin mereka tidak tahu akan hal yang sebenarnya bahawa yang mereka hina itu adalah yang terbaik. Al-Quran.......... Kalaamullah......... merangkumi semua cabang ilmu didunia atau akhirat juga. Pelajaran sains juga banyak terdapat didalamnya.
Tabah! Kuat! Semangat! Sabar! Tenang! InsyaAllah, kita boleh!!!!!!

No comments:

Post a Comment